Rasa kelakar je bila di interview oleh fanzine nih. buat pengetahuan korang aku dah 2 kali tmasuk nih di interview. Kali pertama hari tuh bila aku di interview oleh majalah remaja lama dulu bila menyuruh aku interview mengenai eksiden motor.erm…
Kali nih plk aku di interview oleh majalah fanzine (online majalah la kot) dari http://thecoresystemfanzine.blogspot.com/ . Sila baca untuk mengenai diri sy di situ.
Thanks to Azreen yg sudi interview aku.
aha..profil,lama dah tak tulis frofil dan tak tau nak tulis apa, senang mcm nih la umur saya dah masuk awal 30-an. Sudah berkeluarga dan berasal dari selayang. Anak ke4 dari enam adik beradik. Mendapat pendidikan awal di sek.men selayang bharu.

2. BAGAIMANA MULA2 TERJEBAK DLM ARENA FOTOGRAFI,SEJAK BILA?
Bemulanya saya pegang kamera nih apabila seorang rakan sekelas di sek men selayang bharu membawa kamera abg ipar beliau untk mengambil gambar ketika hari sukan, terus minat itu di sambungkan dengan melanjutkan pelajaran di Diploma In Photography ITM Shah Alam. Fakulti art & design (ketika itu UiTM masih dikenali sbg ITM) pada tahun 1997-2000
3. APAKAH KAMERA MULA2 DIMILIKI DAN TERKINI PADA HARI INI?
Kamera mula2 dimiliki saya beli dengan hasil wang pemberian arwah mak berjenama Nikon F601. Pada zaman itu digital belum diperkenalkan lagi maka saya beli kamera film.Dan kini saya menggunakan Canon EOS 5D dan EOS 30D bersama beberapa aksesori

4.JIKA DILIHAT DARI HASIL KERJA ANDA,APAKAH PERKARA UTAMA YANG MEMBERIKAN KEPUASAN DALAM SENI FOTOGRAFI?
Kepuasan diri sendiri yg di utamakan terlebih dahulu. Jika saya puas,InsyaAllah pelanggan juga puas dengan karya seni saya. Pelbagai aspek yg saya ambil kira pada gambar yg saya ambil seperti mesti ada basic of photography dan basic of art dalam setiap helain gambar yg saya hasilkan.
5.BAGI ANDA APAKAH DISIPLIN2 UTAMA YG PERLU ADA DLM DIRI SEORANG JURUGAMBAR YANG MENUJU KE ARAH PROFESIONAL?
Displin yg perlu ada,menepati janji ketika assignment dan on time bila deliver album client,ini dalam konteks wedding photography tetapi bila di lihat dalam konteks commercial photography, displin yg ada pada diri saya ialah perlunya kepuasan pelanggan dan perlu ada cadangan idea dari saya supaya msg yg saya cuba sampaikan pada gambar saya sampai kepada client.
6. SEPANJANG BEKERJA DGN PENGANTIN BARU,APAKAH KARENAH/PERISTIWA MENARIK YANG PERNAH ANDA LALUI?
biasa la,apabila pengantin kaku untuk berposing yg saya arahkan.kekadang saya membawa album contoh untuk memudahkan perjalanan photo sesi saya ketika wedding event.Peristiwa menarik apabila pengantin senang mengikut art direction yg saya arah kan (sambil ketawa)
7.OH YA! SELAIN SERIUS DLM BIDANG KERJA BERKAMERA,APAKAH PEKERJAAN UTAMA ANDA?
erm…photographer.photography lah yg menyara hidup saya selama ini.
8.APAKAH WARNA KEGEMARAN ANDA?
hitam,putih, merah dan oren
9.MUZIK BAGAIMANA MENJADI KESUKAAN?
Pada zaman persekolahan dahulu saya meminati aliran muzik dari group Nirvana dengan lagu2 head banging mereka seperti Smells Like Teens Spirit tp sekarang saya lebih suka mendengar lagu2 aliran grup dari Dewa. Semua album Dewa ada dalam koleksi saya.
10.DALAM SEHARI,BERAPA JAM JUMLAH MASA TIDUR ANDA?
lebih kurang 6 jam.

11.HARAPAN ANDA TERHADAP BIDANG FOTOGRAFI DI MALAYSIA SETERUSNYA DALAM TAHUN AKAN DATANG?
Berjaya dalam arena fotografi tak kira wedding or commercial photography

12.KATA-KATA AKHIR BUAT PEMBACA ,DAN PROMOSIKAN LAMAN WEB ANDA.
http://www.darmansyah.com/ menawarkan segala pakej photography termasuk wedding, portraiture, convocation, commercial.
Sekian.terima kasih.
Warm regards,
Darmansyah B.Abu Hanifah
Perfect Love Story Inside
(Founder http://www.darmansyah.com/)
(Founder http://www.creativecapturenetwork.com/)







uuu…mintak sign bang! wakakaka :p
uhuhuuhhuuuuhhhhhh…gila babaiiii tu…bukang senang ada orang nok interview tuhhhhh….tererrrr darmansyah dotconggg..uhhhhh