Berita yg menggemparkan bila lihat tv sebaik shj sampai dari Bali pada hari Sabtu lepas. Dengan keputusan pilihanraya yg aku sndr sudah jangkakan sebelum ini dengan kemenangan Barisan Alternatif gabungan dari PAS, PKR, dan DAP.
Jelas rakyat di negara kita sudah mula pandai menilai kerajaan yg memerintah. Monopoli BN yg besar pada pilihanraya yg lepas2 tidak lagi ada di pilihanraya kali ini. Jika dilihat ada sedikit kesilapan yg ada pada DS Abdullah yg mengumumkan pilihanraya terlalu awal kerana ada beberapa berita hot yg belum diselesaikan dengan masalah yg besar seperti kes peguam VK Lingam, rasuah dan lain2.
Yang pastinya Kelantan tetap di pertahankan dan Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Perak dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di tawan oleh BA. Tahniah kepada pengundi dan sy berharap kerajaan yg memerintah selepas PRU12 ini lebih peka dan berhati2 dengan membuat keputusan kerana rakyat Msia sudah mula pandai untuk menilai.
Bagi media cetak dan elektronik yg di kuasai oleh kerajaan tidak perlu keterlaluan menunjuk kesalahan yg ada pada BA kerana ini akan memburukkan lagi keadaan. Rakyat Msia skrang cuba mencari media alternatif lain seperti internett untuk mencari kebenaran yg telus, rakyat tidak menerima 100% keburukan yg di tunjukkan oleh media cetak dan elektronik keatas BA.
Dibawah ini ditunjukkan muka2 Menteri Besar dari BA
foto dari Utusan Malaysia








Recent Comments