Pertama skali aku sendiri tak paham kenapa Tun Mahathir berani membuat kenyataan seperti ini. Jika keaslian cerita video ini benar, maka benar bahawa DS Anwar Ibrahim (bapa reformasi) ini tidak salah. Pelik juga, kenapa Tun Mahathir berani buat kenyataan sebegitu rupa, kerana ianya akan membuka pekung di dada semata2.
Jika dilihat sedikit kenyataan beliau ini, maka jelas la bahawa orng yg mempunyai kuasa di atas sana mempunyai kuasa dari setiap sudut. Boleh memenjarakan orng sesuka hati, boleh menumbuk orng sesuka hati.
Ketika era kejatuhan DSAI, aku cuba melihat apa yg terjadi di sekitar Kuala Lumpur yg ketika itu dikatakan ada sedikit huru hara. Dengan tekad nak ambil gambar sebagai student Dip In Photography ketika itu, maka aku terus menaiki bas ke KL dari Shah Alam ketika itu baru shj selesai peperiksan. Sampai saja kat bas stand Klang, aku ke bangunan mahkamah tetapi belum sempat sampai di sana, seorng FRU mendekati aku dan menanyakan tujuan aku kesana. Dengan bangga dan kerana memegang kamera aku jawab dengan jujur, utnk shooting suasana reformasi. Dengan tidak semena2 aku di tampar dan di arahkan mengeluarkan film yg ada pada kamera aku dan kad matriks aku juga dirampas.
erm…
Reformasi!!!!…. Reformasi!!!!…. Reformasi!!!!….







Susah la nak ckp benda ni camne. Ramai gak org confuse. Tapi kalau betul apa yg Tun M ckp…ayoyo…huhuhu
hehehee biasak la taktik dr M siapa yang tahu