Seorng kawan aku telah bercerita kisah dia dengan ibu dan ayahnya yg berborak sehari sebelum pilihanraya. Dia pulang ke kampung ke Terengganu semata2 untk mengundi.Emak dan ayahnya orng kuat BN dan si anak pula sebaliknya.Ayah pula seorng pesara dan tinggal di kampung yg aman dan tenteram sambil di isi masa lapang dengan membela ikan di kolam depan rumah juga merupakan ahli masjid dan emak seorng suri rumah dan suka membela kucing. Banyak kucing yg di bela oleh emaknya.
Alkisah sedang duduk di meja ketika bersarapan pagi, lebih kurang begini dialognya:-
Anak: Mak undi apa?
Emak: Undi la BN. Ko plk?
Anak: sy undi PAS (Dengan nada selamba anak menjawab)
Emak: Kenapa ko undi PAS?
Anak: erm…(menghembuskan nafas) Ye la mak, Kalo kita undi BN dan menang pasti minyak naik lagi.
Emak: Lagi2 minyak naik, lagi2 soal minyak naik. Macam dah takde isu lain. Sama la dengan PAS & parti kawannya persoalkan. (Dengan dan nada marah cuba meyakinkan anaknya)
Anak: Erm..emak nih, terlalu yakin dengan BN sehingga tidak ikut hal ehwal sesama. Bayangkan la jika minyak naik, harga barangan juga akan naik dan kos hidup kita sekeluarga juga akan naik dan jika dulu kami boleh balik kampung hampir setiap minggu tp kini terpaksa melupakan hasrat itu kerana kenaikan benda2 nih dan kos hidup sudah melambung tinggi. Dulu kami dapat jenguk mak dan ayah hampir setiap minggu dan dulu hubungan kita sekeluarga rapat kerana adik2 yg lain juga selalu balik kampung setiap hujung minggu tp kini, cuba mak lihat? 3 bulan sekali kami nak balik kampung pon susah kan?
Emak: erm…(automatik kawan aku nih lihat air muka emaknya sedih kerana jawaban dari seorng anak yg sebegitu rupa. Rupanya kenaikan harga minyak juga sudah merenggangkan hubungan sebuah keluarga yg dahulunya rapat dan anak selalu pulang kampung).
Saya ucapkan, tahniah kepada rakan2, pembaca blog sy yg mengundi pembangkang dan pembangkang kini sudah memerintah 4 negeri. Ura2 kerajaan negeri Selangor untuk memberi air free bg beberapa sukatan pertama sgt la dihargai. Ini menunjukkan kerajaan negeri prihatin dengan rakyatnya. Harap2 tol di federal highway (Batu3 Shah Alam & Klang) juga akan di musnahkan.Kini aku bangga menjadi rakyat negeri Selangor








aku juga ingin mengucapkan tahniah yang tidak terhingga kepadamu kerana ceritaku dengan emakku dikampung mendapat tempat dihati mu…sekarang Aku rasa Aku mampu untuk balik kampung bulan depan kerana harga minyak belom naik lagi…namun harga mee dan tepung telah naik…tapi Aku bangga kerana mung cerita kisah aku ngan mak Aku…harga inyak tak naik…hahahaha..idup THE PRINCIPAL CNN…