Cerita Dongeng

21 05 2008
YOU GUYS HAVE TO READ THIS... AKU TAK LEH BERENTI KETAWA SAMPAI LA NI...
SAKIT PERUT AKU! BUDAK NI BYK SGT TGK KARTUN GAMAKNYA.....

 Karangan budak darjah 4 Pagi itu pagi minggu. Cuaca cukup sejuk sehingga mencapai
takat suhu beku. Sebab itu saya tidak mandi pagi sebab air kolah jadi air batu dan
air paip tidak mahu keluar sebab beku di dalam batang paip. Pagi itu saya
bersarapan dengan keluarga di dalam unggun api kerana tidak tahan sejuk.  

Selepas itu emak saya mengajak saya menemaninya ke pasar. Tetapi saya tidak mahu.
Selepas emak menikam perut saya berkali-kali dengan garfu barulah saya bersetuju
untuk mengikutnya. Kami berjalan sejauh 120 kilometer kerana pasar itu letaknya 128
kilometer dari rumah. Lagi 8 kilometer nak sampai pasar saya ternampak sebuah lori
kontena meluru dengan laju dari arah belakang. Dia melanggar emak saya. Emak saya
tercampak ke dalam gaung. Dia menjerit 'Adoi!'. Lepas itu emak saya naik semula dan
mengejar lori tersebut. Saya pun turut berlari di belakang emak saya kerana takut
emak saya melanggar lori itu pula.  

Pemandu lori itu nampak kami mengejarnya. Dia pun memecut lebih laju iaitu sama
dengan kelajuan cahaya. Kami pula erpaksa mengejar dengan lebih laju iaitu sama
dengan dua kali ganda kelajuan cahaya. Emak saya dapat menerajang tayar depan lori
itu. Lori itu terbabas dan melanggar pembahagi jalan lalu bertembung dengan sebuah
feri. Feri itu terbelah dua. Penumpang feri itu yang seramai 100 orang semuanya
mati. Pemandu feri itu sangat marah. Dia pun bertukar menjadi Ultraman dan memfire
pemandu lori. Pemandu lori menekan butang khas di dalam lori dia..lori itu bertukar
menjadi robot Transformer. Mereka bergaduh di udara. Emak saya tidak puas hati. Dia
pun terus menyewa sebuah helikopter di Genting Highlands dan terus ke tempat
kemalangan. Dia melanggar pemandu feri yang telah bertukar menjadi Ultraman itu.
Pemandu feri itu terkejut dan terus bertukar menjadi pemandu feri semula lalu
terhempas ke jalanraya. Pemandu feri itu pecah. Pemandu lori sangat takut melihat
kejadian itu. D
 ia meminta maaf dari emak saya. Dia menghulurkan tangan ingin bersalam. Tetapi emak
saya masih marah. Dia enyendengkan helikopternya dan mengerat tangan pemandu lori
itu dengan kipas helikopter. Pemandu lori itu menjerit 'Adoi..!' dan jatuh ke bumi.

 Emak say menghantar helikopter itu ke Genting Highlands. Bila dia balik ke tempat
kejadian, dia terus memukul pemandu lori itu dengan beg angannya sambil memarahi
pemandu lori itu di dalam bahasa Inggeris. Pemandu lori itu tidak dapat menjawab
sebab emak saya cakap orang putih. Lalu pemandu lori itu mati. Tidak lama kemudian
kereta polis pun sampai. Dia membuat lapuran ke ibu pejabatnya tentang kemalangan
ngeri itu. Semua anggota polis di pejabat polis itu terperanjat lalu mati. Orang
ramai mengerumuni tempat kejadian kerana ingin mengetahui apa yang telah terjadi.
Polis yang bertugas cuba menyuraikan orang ramai lalu dia menjerit menggunakan
pembesar suara. Orang ramai terperanjat dan semuanya mati. Selepas itu emak saya
mengajak saya ke pasar untuk mengelak lebih ramai lg yang akan mati. Di pasar, emak
saya menceritakan kejadian itu kepada penjual daging. Penjual daging dan
peniaga-peniaga berhampiran yang mendengar cerita itu semuanya terkejut dan mati.
Saya dan emak saya
  terus berlari balik ke rumah. Kerana terlalu penat sebaik saja sampai di rumah
kami pun mati. Itulah kemalangan yang paling ngeri yang pernah saya lihat sebelum
saya mati

Actions

Information

Leave a comment