MB Terengganu

22 03 2008

sk_01_big-copy.jpg

Seperti yang dinanti2kan oleh semua rakyat Malaysia khususnya bg rakyat negeri Terengganu yg menunggu siapa yg bakal menjadi menteri besar di negeri yg panas ketika PRU12 yg lalu.Idris Jusoh awalnya sudah tersenyum kegembiraan dgn kemenangan kerusi di DUN dan sudah membayangkan akan terus menerajui kerajaan negeri Tganu sekurang2nya untuk penggal berikutnya.

Tetapi tidak seperti yg disangkakan, ketika negeri2 lain sudah mengangkat sumpah, melantik menteri besar. Contoh Kedah, negeri yg pertama skali mengangkat menteri besar selepas PRU12.Hari ni lain pula bagi Deris Jusoh, pasti dia akan terkejut bahawa dia tidak terpilih menjadi menteri besar Tganu untuk penggal ini. Perkhidmatannya di tamatkan serta merta dan digantikan menteri besar yg baru iaitu Ahmad Said.

Mungkin ada benda yg tak kena ketika era pemerintahan Deris Jusoh nih dan ada juga cerita dari seorng kwn yg mengatakan mengenai penjualan tanah di Tganu membuatkan rakyat dan sultan tidak menyenangi tindakan Deris Jusoh sehingga tidak tpilih untuk menjadi menteri besar untuk penggal ini.

Jika di baca pula kat Utusan Malaysia ari nih, aku terkejut dan ketawa yg mengatakan ada ura2 parti BN akan memulaukan majlis angkat sumpah untuk melantik MB baru esok. Jelas jika ianya berlaku, para pemimpin BN cuba derhaka pada sultan dan ini sama dengan situasi yg mereka bangkitkan dahulu apabila Lim Kit Siang mahu orng dari parti DAP memerintah kerajaan negeri Perak. Isu ini juga hangat di perkatakan di media cetak dan media elektronik dan akhirnya Lim Kit Siang meminta maaf kepada sultan. Jika berlaku hal yg sama, bagaimana pula orng2 BN yg akan memulaukan perlantikan ini. Orang2 melayu yg berani menderhaka kepada sultan?

renung2 kan la..





Ceritera antara Anak dengan Ibu

18 03 2008

Seorng kawan aku telah bercerita kisah dia dengan ibu dan ayahnya yg berborak sehari sebelum pilihanraya. Dia pulang ke kampung ke Terengganu semata2 untk mengundi.Emak dan ayahnya  orng kuat BN dan si anak pula sebaliknya.Ayah pula seorng pesara dan tinggal di kampung yg aman dan tenteram sambil di isi masa lapang dengan membela ikan di kolam depan rumah juga merupakan ahli masjid dan emak seorng suri rumah dan suka membela kucing. Banyak kucing yg di bela oleh emaknya.

Alkisah sedang duduk di meja ketika bersarapan pagi, lebih kurang begini dialognya:-

Anak: Mak undi apa?

Emak: Undi la BN. Ko plk?

Anak: sy undi PAS (Dengan nada selamba anak menjawab)

Emak: Kenapa ko undi PAS?

Anak: erm…(menghembuskan nafas) Ye la mak, Kalo kita undi BN dan menang pasti minyak naik lagi.

Emak: Lagi2 minyak naik, lagi2 soal minyak naik. Macam dah takde isu lain. Sama la dengan PAS & parti kawannya persoalkan. (Dengan dan nada marah cuba meyakinkan anaknya)

Anak: Erm..emak nih, terlalu yakin dengan BN sehingga tidak ikut hal ehwal sesama. Bayangkan la jika minyak naik, harga barangan juga akan naik dan kos hidup kita sekeluarga juga akan naik dan jika dulu kami boleh balik kampung hampir setiap minggu tp kini terpaksa melupakan hasrat itu kerana kenaikan benda2 nih dan kos hidup sudah melambung tinggi. Dulu kami dapat jenguk mak dan ayah hampir setiap minggu dan dulu hubungan kita sekeluarga rapat kerana adik2 yg lain juga selalu balik kampung setiap hujung minggu tp kini, cuba mak lihat? 3 bulan sekali kami nak balik kampung pon susah kan?

Emak: erm…(automatik kawan aku nih lihat air muka emaknya sedih kerana jawaban dari seorng anak yg sebegitu rupa. Rupanya kenaikan harga minyak juga sudah merenggangkan hubungan sebuah keluarga yg dahulunya rapat dan anak selalu pulang kampung).

Saya ucapkan, tahniah kepada rakan2, pembaca blog sy yg mengundi pembangkang dan pembangkang kini sudah memerintah 4 negeri. Ura2 kerajaan negeri Selangor untuk memberi air free bg beberapa sukatan pertama sgt la dihargai. Ini menunjukkan kerajaan negeri prihatin dengan rakyatnya. Harap2 tol di federal highway (Batu3 Shah Alam & Klang) juga akan di musnahkan.Kini aku bangga menjadi rakyat negeri Selangor