Idris, Rosol dan Din Adam ditarik gelaran datuk

27 03 2008

Ini berita aku dapat dari forward link seorng kawan sebentar tadi.

Written by Siasah Daily Wednesday, 26 March 2008

KUALA TERENGGANU, 26 Mac:
Tiga pemimpin Umno Terengganu, Datuk Seri Idris Jusoh, Datuk Rosol Wahid dan Datuk Din Adam telah ditarik balik gelaran mereka oleh istana Terengganu.

Menurut sumber yang rapat dengan istana, penarikan gelaran ketiga-tiga mereka itu berkuatkuasa serta merta.

Dalam pada itu, Datuk Muhamad Awang Tera (Chukai) telah dilantik sebagai Timbalan Menteri Besar Terengganu, satu jawatan yang tidak pernah wujud sebelum ini.

Sebuah NGO, Majlis Pemesyuaratan Rakyat Terengganu (Mampat) dan beberapa NGO lagi akan menganjurkan solat hajat di masjid Terapung, Kuala Ibai malam esok untuk memohon kepada Allah untuk keselamatan baginda Sultan Terengganu dan anakanda baginda yang menjadi Pemangku Raja.

Ia akan diadakan bermula sembahyang Isya’ secara berjemaah di masjid berkenaan dan bakal diimami oleh Iman Masjid Negara, Sheikh Ismail Al Hafiz.

Daulat Tuanku!!!… Daulat Tuanku!!!… Daulat Tuanku!!!…





MB Terengganu

22 03 2008

sk_01_big-copy.jpg

Seperti yang dinanti2kan oleh semua rakyat Malaysia khususnya bg rakyat negeri Terengganu yg menunggu siapa yg bakal menjadi menteri besar di negeri yg panas ketika PRU12 yg lalu.Idris Jusoh awalnya sudah tersenyum kegembiraan dgn kemenangan kerusi di DUN dan sudah membayangkan akan terus menerajui kerajaan negeri Tganu sekurang2nya untuk penggal berikutnya.

Tetapi tidak seperti yg disangkakan, ketika negeri2 lain sudah mengangkat sumpah, melantik menteri besar. Contoh Kedah, negeri yg pertama skali mengangkat menteri besar selepas PRU12.Hari ni lain pula bagi Deris Jusoh, pasti dia akan terkejut bahawa dia tidak terpilih menjadi menteri besar Tganu untuk penggal ini. Perkhidmatannya di tamatkan serta merta dan digantikan menteri besar yg baru iaitu Ahmad Said.

Mungkin ada benda yg tak kena ketika era pemerintahan Deris Jusoh nih dan ada juga cerita dari seorng kwn yg mengatakan mengenai penjualan tanah di Tganu membuatkan rakyat dan sultan tidak menyenangi tindakan Deris Jusoh sehingga tidak tpilih untuk menjadi menteri besar untuk penggal ini.

Jika di baca pula kat Utusan Malaysia ari nih, aku terkejut dan ketawa yg mengatakan ada ura2 parti BN akan memulaukan majlis angkat sumpah untuk melantik MB baru esok. Jelas jika ianya berlaku, para pemimpin BN cuba derhaka pada sultan dan ini sama dengan situasi yg mereka bangkitkan dahulu apabila Lim Kit Siang mahu orng dari parti DAP memerintah kerajaan negeri Perak. Isu ini juga hangat di perkatakan di media cetak dan media elektronik dan akhirnya Lim Kit Siang meminta maaf kepada sultan. Jika berlaku hal yg sama, bagaimana pula orng2 BN yg akan memulaukan perlantikan ini. Orang2 melayu yg berani menderhaka kepada sultan?

renung2 kan la..